salam untuk semua..
setelah sekian lama blog aku ni berhabuk,akhirnya malam ini aku kembali lagi untuk menulis..
ternyata penulisan di blog memerlukan komitmen yang besar juga..sama juga dengan amanah yang lain..
setelah melalaui minggu-minggu yang memenatkan bagi seorang siswa,yang mana aku hampir tertewas dek permainan yang aku sendiri ciptakan ini..
kesibukan itu selalu serta seringkali kali mengejarku.
pelbagai program yang telah direncanakan menjadikan aku pemerhati yang setia untuk menilai setiap yang berlaku itu dengan jayanya.
bermula dengan SUKMUM
kemudian menjadi pemerhati dari jauh pilihan raya kampus
kemudian disusuli dengan beberapa projek kolej kediaman menjadikan jadual harian ku semakin padat setiap hari.
aku percaya,
pengalaman bergelar siswa perlu dicari bukan hanya mengharap 100% daripada bilik kuliah.
pepatah melayu ada mengatakan,"pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan"
dengan pengalaman itulah,setiap langkah yang direncanakan pada masa depan akan dilangkah dengan penuh telita agar tidak rebah dengan jerat ciptaaan kita sendiri..
namun,cuti mid sem yang sedang dilalui ketika ini ibarat terapi minda bagi mereka yang seringkali leka untuk merehatkan minda.
perjalanan pulang ke kempung halaman selama 8jam amat memenatkan..persaan lesu lemah masih terasa sepanjang perjalanan pulang itu.
namun,semunya terubat bila berjumpa dengan keluarga tercinta..
tempoh cuti selama seminggu cuba dimanfaatkan sebaik mungkin..
sekalung tahniah aku ucapkan kepada salah seorang sahabatku dengan kemenangan yang tidak terduga dalam pemilihan MPP dan seterusnya dilantik sebagai YDP UITM..
SYABAS BRO..
laksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.
Monday, February 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment