salam untuk semua...
PENGENALAN
hari ini,tanggal 25.1.2010 [isnin] adalah hari penamaan calon bagi mahasiswa di 6 buah IPTA seluruh negara..saya percaya,pelbagai situasi,perasaan,cerita,tuduhan yang menjadi buah mulut para mahasiswa sekalian dalam mengejar undi untuk kemenangan pihak masing-masing...
sekarang,jam menunjukkan pukul 7.00pagi...
hanya tinggal kurang dari 3 jam lagi akan berlangsungnya sesi penamaan calon bagi calon fakulti serta calon umum di peringkat UNIVERSITI MALAYA..
saya percaya,perasaan bakal calon ketika ini amat gundah gulana dengan 1001 persoalan yang bermain diminda mereka...
SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABATKU..
PANAS
namun,disebalik kemeriahan serta keghairahan mahasiswa dalam menceburi bidang politik kampus,ada juga unsur-unsur yang amat mendukacitakan bagi seorang intelek yang bergelar mahasiswa...
pelbagai isu yang menghiasi PRK-UM pada sesi terdahulu amat jelik untuk kita sendiri untuk mendengar serta melihatnya..
bermula dengan ISU FITNAH AYUNI vs HEP, kemudian selang beberapa hari atau boleh dikatakan kemuncak kepada PRK -UM sesi 08/09 adalah ISU KEPALA BABI di masjid AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,UM..
pelbagai pihak mentafsir serta menilai kedua-dua insiden yang amat memalukan dengan pelbagai cerita serta versi..maka,berlaku proses salaing menuding jari antara satu pihak dengan pihak lain..
bagi mereka yang waras pemikiran dimana akal mereka masih boleh berfikir secara logik..sedarlah kamu dari tidur.cukup kamu disogokkan dengan ideologi yang mana dimana pihak yang sentiasa menyokong itu salah disisi agama..
diulang,jangan melibatkan sentimen agama dalam sesuatu isu..tapi,politik dengan agama memang tidak dapat dipisahkan..
tapi bagaimana pula jika menggunakan agama dengan menfitnah lawan kita dengan isu yang maha hebat untuk ditanggung oleh pihak lawan..segarlah wahai rakanku yang berselindung disebalik wajah "BERSIH " kamu sekalian..
buanglah sikap hipokrit kamu yang selalu bermain dimata kasar dengan menipu mahasiswa dengan pelbagai isu dengan syarat "PUBLISITI" diutamakan..
PERSEPSI?
POLITIK PERSEPSI adalah yang selalu dimainkan oleh ahli politik diluar sana..tapi,wajarkah kita sebagai siswa juga memainkan ideologi ini untuk mencapai kemenangan..?
saya juga mempunyai seorang rakan yang secara literalnya memang seorang yang ekstrem bagi pihak sebelah sana..menurutnya,ideologi yang dimainkan oleh "parti" nya tidak lagi releven untuk dicanang oleh siswa di universiti perdana ini.
kenapa?
perkara yang paling asas..
fitnah..dibenarkah dalam agama kita?mesti ramai yang menggelengkan kepala.
tapi kenapa fitnah ini masih menjadi makanan ruji bagi meraka..
tahukah mereka bahawa makanan ruji ini halal?atau haram?jawablah saudara yang budiman..
tulisan ini bukan untuk memprovokasi,tapi bagi mengejutkan bagi mereka yang lena..
MANIFESTO
kepada bakal MPM,berkhidmatlah untuk rakan-rakan siswa anda dengan sewajarnya selaras dengan manifesto anda sekalian..
SELAMAT BERJUANG SEKALI LAGI.
HAPUSKAN FITNAH.
TOLAK POLITIK PERSEPSI..
MAHASISWA PEDULI..
Sunday, January 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
selamat berkempen...
Post a Comment