Thursday, April 15, 2010

melangkah ke "exam hall"..berdebar-kah?


dalam diam,perjalan sem II telah beransur-ansur untuk melabuhkan tirai.
terasa sekejap saja dunia berputar.
minggu ini,telah masuk minggu study week.
tapi aku?

memetik kata-kata kawan aku "berlalunya study week tanpa study"
[namanya dirahsiakan]
aku yang dengar pun nak tergelak..
memang benar kot kata-katanya tu.

aku pun tergolong dalam quote tu.
entah macam mana,mood aku untuk study tak pernah ada dalam minggu ni.
baru sentuh buku,kepala dah rasa berat.
DUGAAN semua tu.

dalam aku ber'blog walking' ,aku terjumpa
TIP-TIP untuk persediaan ke dewan peperiksaan..
saja ja nak kongsi.

TIP SEMASA EXAM

1. Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2. Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3. Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4. Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.

5. Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya, tetapi mempunyai markah sedikit.

6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis.
Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya.
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10. Analisa jawapan anda.
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

kredit kepada:http://cgnarzuki.com

Wednesday, March 10, 2010

manusia serigala ! wujudkah mereka?

Manusia serigala..wujud ke ?

Salam semua.

Oh,aku hampir terlupa yang aku juga mempunyai blog.

Hari,pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri aku ini.


Sudah lama aku tidak menulis di blog.

Percayalah,bukan aku tiada idea untuk mencoretkan di blog ini,mood menulis yang entah kemana menghilang kadangkala merencatkan perkembangan blog ini.


Kini.semuanya telah berubah.gara-gara diriku sendiri.kerana kelekaanku.

Kini,semuanya telah diubahkan.aku dipersalahkan.kerana kedangkalan mereka.

Kini,semuanya akan berubah.aku dikambinghitamkan.salah akukah?



Seperti dijangka,masalah ini sekali lagi menghantui aku.

Dipersalahkan gara-gara terleka dengan permainan aku sendiri cipta.

Gara-gara isu itu,aku kini dalam dilemma.


Mungkin ini sebagai titik peringatan kepadaku.

Supaya aku tidak lagi leka dengan madu-madu ciptaan dunia ini.


Sekian.


Friday, February 19, 2010

cuti telah tamat.

malam tadi adalah malam terakhir aku berada kampung memandangkan cuti mid term dah habis.

terasa seminggu itu bagaikan sehari bila berada dirumah.
malam ini,bermulalah perjalanan aku untuk ke UM selama 8jam.

SEKRETARIAT RAKAN MUDA UM sesi 2010/2011

logo rasmi SERUM


kali ini,aku mahu menyentuh sedikit mengenai

SEKRETARIAT RAKAN MUDA UM.[SERUM] sesi 2010/2011

pertama sekali,aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MT SERUM yang memberi
mandat untuk aku juga turut merasai sebagai ahli SERUM yang terlibat secara lansung di sebalik
organisasi ini.

ternyata,mandat yang diberikan sebagai EXCO WIRAUSAHA SERUM menyebabkan bermulanya sisi baru jadual seharian ku dikampus.


EXCO WIRAUSAHA sesi 2010/2011

sebelum ini,aku acap kali juga terfikir untuk melibatkan diri dalam kelab RAKAN MUDA ini.
tapi,segala hajat yang di ingini hanyalah hajat semata-mata.
ada saja halangan untuk aku menyertai RAKAN MUDA sebelum ini.

pada hemat aku,RAKAN MUDA telah berdiri sebagai satu jenamanya yang tersendiri.
suatu ketika dulu,RAKAN MUDA telah sinonim dengan golongan belia.
pelbagai program telah dilancarkan,dianjurkan serta disertai oleh golongan belia yang
berwawasan ini..

program nya juga pelbagai mencakupi semua aspek kehidupan seharian belia khususnya di MALAYSIA.

antara program rakan muda terdiri daripada 8 GAYA HIDUP

1-INOVASI
2-WIRASUSAHA
3-REMAJA SIBER
4-KECERGASAN
5-CINTA ALAM
6-SUKARELAWAN
7-KEMASYARAKATAN
8-SUKAN

namun,langit tidak selalu cerah.

setelah bertahun-tahun RAKAN MUDA ditubuhkan,
akhirnya program ini semakin hilang taringnya di peringkat nasional.
entah dimana silapnya..

jika dahulu,rakan muda sering disertai oleh belia,kini hanya sepi..

tetapi,usaha di pihak kementrian KBS yang mahu menghidupkan semula RAKAN MUDA
amatlah dipuji.
memang wajar program seperti ini diperhebatkan lagi.

itu diperingkat nasional.

di UNIVERSITI MALAYA,
lain pula ceritanya..

menggelarkan persatuan ini sebagai
SEKRETARIAT RAKAN MUDA UM.[SERUM]

mula mengorak langkah sehinggalah kehari ini.
alhamdullah,sekrang ini terdapat usaha yang mahu menaikkan semula
maruah SERUM yang suatu ketika dulu antara persatuan yang paling aktif di UM.

cukuplah dulu untuk malam ni.

antara aktiviti sulung SERUM sesi 2010/2011.
apa lagi,jual baju la pulak..ingin miliki baju ini?rm13 sahaja.tinggal pesanan box komen

p/s-pada 23hb mac ni,satu majlis perlantikan watikah MT serta EXCO SERUM akan diadakan
di AUDITORIUM FAKULTI PENDIDIKAN pada jam 11pagi.semua dijemput hadir.

Monday, February 15, 2010

minggu yang tenang

salam untuk semua..

setelah sekian lama blog aku ni berhabuk,akhirnya malam ini aku kembali lagi untuk menulis..
ternyata penulisan di blog memerlukan komitmen yang besar juga..sama juga dengan amanah yang lain..

setelah melalaui minggu-minggu yang memenatkan bagi seorang siswa,yang mana aku hampir tertewas dek permainan yang aku sendiri ciptakan ini..

kesibukan itu selalu serta seringkali kali mengejarku.
pelbagai program yang telah direncanakan menjadikan aku pemerhati yang setia untuk menilai setiap yang berlaku itu dengan jayanya.

bermula dengan SUKMUM
kemudian menjadi pemerhati dari jauh pilihan raya kampus
kemudian disusuli dengan beberapa projek kolej kediaman menjadikan jadual harian ku semakin padat setiap hari.

aku percaya,
pengalaman bergelar siswa perlu dicari bukan hanya mengharap 100% daripada bilik kuliah.
pepatah melayu ada mengatakan,"pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan"
dengan pengalaman itulah,setiap langkah yang direncanakan pada masa depan akan dilangkah dengan penuh telita agar tidak rebah dengan jerat ciptaaan kita sendiri..

namun,cuti mid sem yang sedang dilalui ketika ini ibarat terapi minda bagi mereka yang seringkali leka untuk merehatkan minda.

perjalanan pulang ke kempung halaman selama 8jam amat memenatkan..persaan lesu lemah masih terasa sepanjang perjalanan pulang itu.

namun,semunya terubat bila berjumpa dengan keluarga tercinta..
tempoh cuti selama seminggu cuba dimanfaatkan sebaik mungkin..


sekalung tahniah aku ucapkan kepada salah seorang sahabatku dengan kemenangan yang tidak terduga dalam pemilihan MPP dan seterusnya dilantik sebagai YDP UITM..
SYABAS BRO..
laksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.

Sunday, January 24, 2010

situasi PRK-UM bakal panas...

salam untuk semua...

PENGENALAN
hari ini,tanggal 25.1.2010 [isnin] adalah hari penamaan calon bagi mahasiswa di 6 buah IPTA seluruh negara..saya percaya,pelbagai situasi,perasaan,cerita,tuduhan yang menjadi buah mulut para mahasiswa sekalian dalam mengejar undi untuk kemenangan pihak masing-masing...

sekarang,jam menunjukkan pukul 7.00pagi...
hanya tinggal kurang dari 3 jam lagi akan berlangsungnya sesi penamaan calon bagi calon fakulti serta calon umum di peringkat UNIVERSITI MALAYA..

saya percaya,perasaan bakal calon ketika ini amat gundah gulana dengan 1001 persoalan yang bermain diminda mereka...

SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABATKU..

PANAS

namun,disebalik kemeriahan serta keghairahan mahasiswa dalam menceburi bidang politik kampus,ada juga unsur-unsur yang amat mendukacitakan bagi seorang intelek yang bergelar mahasiswa...

pelbagai isu yang menghiasi PRK-UM pada sesi terdahulu amat jelik untuk kita sendiri untuk mendengar serta melihatnya..

bermula dengan ISU FITNAH AYUNI vs HEP, kemudian selang beberapa hari atau boleh dikatakan kemuncak kepada PRK -UM sesi 08/09 adalah ISU KEPALA BABI di masjid AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,UM..

pelbagai pihak mentafsir serta menilai kedua-dua insiden yang amat memalukan dengan pelbagai cerita serta versi..maka,berlaku proses salaing menuding jari antara satu pihak dengan pihak lain..

bagi mereka yang waras pemikiran dimana akal mereka masih boleh berfikir secara logik..sedarlah kamu dari tidur.cukup kamu disogokkan dengan ideologi yang mana dimana pihak yang sentiasa menyokong itu salah disisi agama..

diulang,jangan melibatkan sentimen agama dalam sesuatu isu..tapi,politik dengan agama memang tidak dapat dipisahkan..

tapi bagaimana pula jika menggunakan agama dengan menfitnah lawan kita dengan isu yang maha hebat untuk ditanggung oleh pihak lawan..segarlah wahai rakanku yang berselindung disebalik wajah "BERSIH " kamu sekalian..

buanglah sikap hipokrit kamu yang selalu bermain dimata kasar dengan menipu mahasiswa dengan pelbagai isu dengan syarat "PUBLISITI" diutamakan..

PERSEPSI?

POLITIK PERSEPSI adalah yang selalu dimainkan oleh ahli politik diluar sana..tapi,wajarkah kita sebagai siswa juga memainkan ideologi ini untuk mencapai kemenangan..?

saya juga mempunyai seorang rakan yang secara literalnya memang seorang yang ekstrem bagi pihak sebelah sana..menurutnya,ideologi yang dimainkan oleh "parti" nya tidak lagi releven untuk dicanang oleh siswa di universiti perdana ini.

kenapa?
perkara yang paling asas..
fitnah..dibenarkah dalam agama kita?mesti ramai yang menggelengkan kepala.
tapi kenapa fitnah ini masih menjadi makanan ruji bagi meraka..

tahukah mereka bahawa makanan ruji ini halal?atau haram?jawablah saudara yang budiman..

tulisan ini bukan untuk memprovokasi,tapi bagi mengejutkan bagi mereka yang lena..

MANIFESTO

kepada bakal MPM,berkhidmatlah untuk rakan-rakan siswa anda dengan sewajarnya selaras dengan manifesto anda sekalian..

SELAMAT BERJUANG SEKALI LAGI.
HAPUSKAN FITNAH.
TOLAK POLITIK PERSEPSI..
MAHASISWA PEDULI..



Tuesday, January 19, 2010

bahang SUKMUM telah bermula....

assalamualaikum semua.....

salam dengan semangat yang baru...
2minggu kebelakangan ini,suasana sekitar kawasan UNIVERSITI MALAYA telah kembali ceria gara-gara SUKMUM..

SUKMUM....
setiap mahasiswa pasti akan mahu merasainya secara lansung ataupun tidak..
SUKAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA(SUKMUM) merupakan acara tahunan yang dikelolakan oleh PUSAT SUKAN,UM..

pelbagai acara yang dipertandingkan seperti BOLA SEPAK,SEPAK TAKRAW,BOLA BALING,BOLA TAMPAR,KAYAK,RAGBI...banyak lagi la..tak larat nak tulis semua..

untuk sesi kali ini,merupakan kali pertama aku melibatkan diri dalam SUKMUM ini..
kali ini,aku masuk 3 acara(banyak tu)...
KAYAK
RAGBI
BOLA BALING...

niatku untuk kembali menyinar dalam sukan bola keranjang semakin pudar pabila sampai di UM ini..

tapi,sukan lain masih ada...
esok,adalah hari pertama perlawanan bola baling untuk lelaki..
KOLEJ 9 telah diundi bersama dengan KK8,KK7,KK4.....

manakala bagi RAGBI pula,diakan pada fasa kedua iaitu awal bula ferbruari..
1lagi sukan yang aku minat tapi was-was untuk bermain dengan serius..haha

pelik tapi benar..

kepada semua atlit 9th,selamat berjuang kepada anda semua....
semoga berjaya..