Friday, February 19, 2010

SEKRETARIAT RAKAN MUDA UM sesi 2010/2011

logo rasmi SERUM


kali ini,aku mahu menyentuh sedikit mengenai

SEKRETARIAT RAKAN MUDA UM.[SERUM] sesi 2010/2011

pertama sekali,aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MT SERUM yang memberi
mandat untuk aku juga turut merasai sebagai ahli SERUM yang terlibat secara lansung di sebalik
organisasi ini.

ternyata,mandat yang diberikan sebagai EXCO WIRAUSAHA SERUM menyebabkan bermulanya sisi baru jadual seharian ku dikampus.


EXCO WIRAUSAHA sesi 2010/2011

sebelum ini,aku acap kali juga terfikir untuk melibatkan diri dalam kelab RAKAN MUDA ini.
tapi,segala hajat yang di ingini hanyalah hajat semata-mata.
ada saja halangan untuk aku menyertai RAKAN MUDA sebelum ini.

pada hemat aku,RAKAN MUDA telah berdiri sebagai satu jenamanya yang tersendiri.
suatu ketika dulu,RAKAN MUDA telah sinonim dengan golongan belia.
pelbagai program telah dilancarkan,dianjurkan serta disertai oleh golongan belia yang
berwawasan ini..

program nya juga pelbagai mencakupi semua aspek kehidupan seharian belia khususnya di MALAYSIA.

antara program rakan muda terdiri daripada 8 GAYA HIDUP

1-INOVASI
2-WIRASUSAHA
3-REMAJA SIBER
4-KECERGASAN
5-CINTA ALAM
6-SUKARELAWAN
7-KEMASYARAKATAN
8-SUKAN

namun,langit tidak selalu cerah.

setelah bertahun-tahun RAKAN MUDA ditubuhkan,
akhirnya program ini semakin hilang taringnya di peringkat nasional.
entah dimana silapnya..

jika dahulu,rakan muda sering disertai oleh belia,kini hanya sepi..

tetapi,usaha di pihak kementrian KBS yang mahu menghidupkan semula RAKAN MUDA
amatlah dipuji.
memang wajar program seperti ini diperhebatkan lagi.

itu diperingkat nasional.

di UNIVERSITI MALAYA,
lain pula ceritanya..

menggelarkan persatuan ini sebagai
SEKRETARIAT RAKAN MUDA UM.[SERUM]

mula mengorak langkah sehinggalah kehari ini.
alhamdullah,sekrang ini terdapat usaha yang mahu menaikkan semula
maruah SERUM yang suatu ketika dulu antara persatuan yang paling aktif di UM.

cukuplah dulu untuk malam ni.

antara aktiviti sulung SERUM sesi 2010/2011.
apa lagi,jual baju la pulak..ingin miliki baju ini?rm13 sahaja.tinggal pesanan box komen

p/s-pada 23hb mac ni,satu majlis perlantikan watikah MT serta EXCO SERUM akan diadakan
di AUDITORIUM FAKULTI PENDIDIKAN pada jam 11pagi.semua dijemput hadir.

No comments: