Sunday, January 17, 2010

penat...

salam..

setelah sekian lama,dinding di blog aku kembali diconteng dengan tulisan yang tidak seberapa ini..
sekarang,baru aku sedar,penulisan di blog memerlukan komitmen 110%...barulah blog kita tidak lagi berhabuk dengan isu-isu lama..

kini,hari-hari aku bergelar mahasiswa kembali sibuk.bermacam benda serta perkara aku patut selesaikan dalam masa dua minggu ini..

bermula dengan masalah keluarga,meleret pula tanggungjawab aku sebagai penghuni kolej serta tugas hakiki aku sebagai mahasiswa di UNIVERSITI MALAYA..

tapi,aku pernah mendengar 1 bidalan orang tua-tua..
"hidup tanpa masalah ibarat manusia tiada perasaan"
begitulah bidalan tersebut...ya,benar sekali..

bila sudah memasuki ke alam kematangan,maka proses kehidupan pun mula berjalan..begitulah lumrah bila bergelar khalifah dimuka bumi..
aku,kamu,dia,kami,mereka adalah khalifah dimuka bumi ini.

berbalik kepada persoalan pokok tadi.PENAT...

masih lagi menghantui aku...

pada saat ini,aku masih lagi terkejar-kejar dari sana-sini untuk melangsaikan tanggungjawab aku..

jumpa lagi..

1 comment:

E.y.n.a said...

salam

ade blog rupenye
bgus2
gunekn la teknologi ni sebaik mgkin k
cayok2~!