Monday, January 4, 2010

coretan 2009 bagi mereka yang pernah melalui KEGAGALAN

akhirnya,mood untuk aku menulis di laman ini kembali lagi.....
perasaan aku untuk menukil disini kebelakangan ini sangat pudar...

entah dimana silap nya...aku cuba untuk mencari puncanya,agar dapat diubati,tapi ternyata aku masih lagi tewas dengan permainan dalam diriku ini..

masih dalam suasan mood tahun baru.....ternyata igauan ngeri tahun 2008+2009 masih lagi menghantui aku...segala persoalan pada pertengahan tahun 2008 serta 2009 telah aku jawab dengan jayanya....

sorotan 2009.....
awal tahun 2009

JANUARI 2009
aku hanya mampu menyambut kedatangan tahun baru di rumah ku saja..ternyata,kesedihan masih lagi meyelimuti aku ketika itu..derita kegagalan amat pahit untuk aku telan..mood kegagalan dalam hidup aku masih lagi melingkari kehidupan aku ketika itu...eksperimen yang aku jalankan masih lagi mengharapkan hasilnya...ketika ini,telinga aku penuh dengan nanah serta darah yang hanya mampu menahan setiap kata-kata "manis" yang menikam aku dari susuk [tidak mahu mengulas panjang,kerana ada post khusus untuk cerita ini]...

FEBRUARI 2009,
aku masih lagi dengan dunia aku..cuba untuk me"low profile"kan diri...aku masih lagi menyembunyikan identiti diri aku..bukan malu untuk menerima hakikat,tetapi itulah jalan pilihanku..mahu menyelasaikan sendiri masalah aku...ramai juga kawan-kawan ku bertanya kabhar..dimana aku menghilang untuk beberapa bulan..jawapan aku mudah saja...pergi bertapa..hahahah

MAC 2009,
ternyata,segala hasil penat lelah aku berjaya....ALHAMDULILLAH..aku bersyukur padaMU ya ALLAH...siang malam aku berdoa,ternyata mimpi indah itu datang bersama kejayaan aku..
sesungguhnya,aku pun tidak menyangka dengan ekpsrimen BERANI MATI aku tersebut..
segala caci maki,kutukan sebelum ini,dapat aku nafikan dengan hanya sekeping kertas...

sekeping kertas tersebut lah,yang mengubah jalan kehidupan aku..menjadi lebih bersinar,tidak lagi lagi malap seperti sangkaan beberapa kawan "baikku"...aku percaya,aku telah kembali ke landasan setelah aku tergelincir ketika aku leka dengan pemainan dunia.

ketika ini,dunia aku kembali cerah..aku tahu,serta faham hari esok masih ada untuk aku..
aku tidak mahu lagi menoleh kebelakang,kerana jalan dihadapan ku telah aku cipta dengan sempurna sekali..aku perlu teruskan untuk melengkah maju kehadapan..

pelbagai kata-kata pujian,semangat,terkejut hinggap di telinga ku..pada saat ini,aku masih lagi mencubit pipi aku untuk tahu,adakah aku bermimpi..barulah aku faham dengan permainan dunia ini..bila kita tewas dalam pertarungan,kita di keji dengan sekeji-keji nya...
tapi bila kejayaan ditempa,lain pula nada kata-kata tersebut..tiada lagi kata-kata kejian.

APRIL 2009
ketika ini,aku sudah memasang angan-angan ku untuk aku meluaskan lagi sayap ku..tidak mahu lagi dianggap sebagai tin kosong...aku cuba untuk menempatkan diriku dengan manusia-manusia yang terbaik....hanya dua buah tempat ada dihatiku untuk aku meneruskan sisa remajaku..kedua-dua tempat tersebut di KUALA LUMPUR..

MEI 2009
aku mula menyiapkan diri untuk meneruskan perjalanan aku sebagai seorang pelajar..
segala persiapan dari segi mental serta fizikal telah aku siap siagakan..tapi,ketika ini nasib sekali lagi tidak menyebelahi aku..niatku untuk menjadi pendidik,dinafikan dengan cara yang paling hina[bagi aku]...
aku tidak lulus ujian pertama untuk menjadi pendidik..dengan alasan yang memang tidak masuk akal..kalau diikutkan prestasi,kenapa tidak terpilih?tapi,aku pendam kan saja rasa amarah tersebut....mungkin sesuatu hadiah yang sesuai dengan aku masih menunggu di kemudian hari..

JUN 2009
masih lagi menunggu tawaran untuk aku menyambung pengajian aku pada peringkat sarjana muda..ketika ini,aku masih lagi berdoa pada ALLAH,supaya aku ditempatkan di tempat yang sesuai dengan jiwa aku..
penghujung bulan ini,jawapan untuk penantian selama ini telah diketahui...ternyata,universiti tersebut masih lagi menjadi pilihanku..ibarat sirih pulang kegagang...aku amat bersyukur pada ALLAH..
ijazah sarjana muda ekonomi....

JULAI 2009
buat sekian kalinya,aku melangkah lagi kesini..setelah aku meninggalkan tempat ini dengan cara yang paling sadis bagi aku...tapi,tidak kali ini..
aku datang dengan semangat baru..nama baru,wajah baru,semangat baru...

aku bukan lagi dengan imej dulu..bermasalah,malas,kuat tidur....itu semua dulu..dalam lipatan sejarah aku..
ketika saat ini,ramai yang terkejut dengan kehadiran semula aku kesini..
ramai yang menyangka aku mati kelemasan ketika dulu..sangkaan mereka,pasti aku tidak dapat selamat kan diri dengan tsunami besar yang melanda diriku..tapi berkat usaha aku menbanting tulang hingga kepagi mampu membawa aku kesini lagi..
ketempat idaman setiap mahasiswa..
aku datang kesini dengan cara paling bermaruah bagi aku..tiada kabel..tiada orang dalam..aku cukup puas dengan usaha aku..
mereka terkejut..kelahiran aku disini misteri bagi mereka..

OGOS 2009
bulan yang amat aku suka..kenapa?bulan inilah kebnyakan mahasiswa yang mendapat hasil,setelah puas mengerah keringat 3,4 tahun..malah ada sampai 6tahun hanya untuk segulung ijazah..

aku tidak terkecuali dalam diari ini..bulan ini,konvokesyen kakakku juga di universiti yang sama dengan aku..setelah 3tahun dia menghabiskan masa di UM,akhirnya saat itu kembali padanya..ibu dan bapa ku juga hadir ketika majlis kovokesyen ini...sedikit perasaan sayu,bangga,terima kasih kepada kakakku yang sudah melangsaikan hajatnya untuk menamatkan ijazahnya disini..

SEPTEMBER 2009
bulan ramadhan.banyak bende yang berlaku dalam bulan ini....tetapi,nila persahabatan dengan kawan-kawan aku disini semakin erat..

OKTOBER 2009
aku masih mengikuti kuliah aku seperti biasa..tiada apa yang menarik...

NOVEMBER 2009
tika ini,pada awal bulan ini..hari lahir aku...ketika ini,usia aku telah menginjak kepada umor 20tahun...1 angka yang amat besar bagi aku..aku perlu matang dalam berbicara,dalm tindakan..perbuatan...hari lahir aku disambut dengan debuan tepung,telur,teh ais.
semuanya ada atas kepalaku...dengan kek sekali..terima kasih kepada mereka semua..

peperiksaan akhir telah bermula...

DISEMBER 2009
aku datang awal ke kolej,untuk latihan dikir barat..terpilih untuk mewakili UM dalam acara dikir barat amatlah aku hargai...masuk tahun ini, sudah 2tahun aku mewakili UM dalam dikir barat di bawah pasukan BASA DIWANA UM..

pertengahan bulan ini,pertandingan dikir barat IPTA @ lebih dikenali FEStKUM 2009..
latihan yang telah dijalankan amatlah kerap,kerana kekangan masa yang amat terhad...
pasukan kami yang berkibar di bawah bendera UM telah bergerak menuju ke UKM untuk mengembalikan maruah pasukan BASA DIWANA yang gagal mendapat johan ketika tahun 2007..dengan status sebagai naib johan MAKUM 2007,pasukan kami turut mendapat perhatian daripada pencabar universiti lain..

ketika pertandingan,kami telah melakukan yang terbaik...sorakan,kata-kata semangat daripada alumni UM di kerusi audien membakar semngat kami di atas pentas...
hasilnya,sebuah persembahan yang hampir mantap telah ditunjukkan.

namun,hujan juga ditengah hari..kemantapan kami membuat persembahan di calitkan dengan keputusan juri yang amat diragui sistemnya..rumusannya mudah..ketua juri juga alumni UKM,jadi keptusan nya macam mana saudara?sudah tentu boleh dijangka...
inilah hasilnya...

JOHAN=tunas warisan UKM
N.JOHAN=sutra pawana UIAM
KE-3=BASA DIWAN UM

UKM dapat johan disebabkan busana nya yang tercantik..waraskah kita sebagai insan seni?dikir barat dinilai melalui busana untuk mengetahui pemenangnya..amat luluh hati bagi sesiapa yang mendengar nya..tapi itulah hakikatnya..


begitulah coretan tahun 2009 bagi aku..terdapat banyak kenangan pahit serta manis yang dapat di nukil kan oleh aku..semoga,2010 ini aku dapat melayari bahtera tersebut dengan sempurna..
sesungguhnya,derita kegagalan itu amatlah berat bagi aku..tapi,kita mapu bangkit..bangkit dari kegagalan..

aku suka dengan peribahasa ini..teringat ketika zaman sekolah dulu.

[JIKA ANDA JATUH UNTUK KALI 7,BANGUNLAH UNTUK KALI KE 8]

begitu dalam maksudnya....fikir-fikirkanlah...

4 comments:

Fieya said...

dr td sy tertanya2 apekah gerangan coretan cik bak ni.. pasal sblm n slps msuk um rupenye...

saudara buck said...

sofea..

hahaaa...baru tahu ke?tu la kena baca dgn penuh hemah..baru faham..

yin said...

kte pasti blh bangkit..

jadikan kegagalan silam sbg pngjrn..

agar diri xpenah leka ngan kejayaan skrng..

hidup yin\(^_^)/

bujang bakal senang said...

bile tarikh kt um 2?nk arnb bpr byk?