Wednesday, December 30, 2009

kali pertama.....


berkayak ditasik,bukan dilaut...



kalau dapat berkayak dipantai,terbaik juga..


salam....
pada petang ini,kali pertama aku akan turun berkayak di TASIK VARSITI,UM...

pelbagai perasaan bercampur baur..takut,berdebar,excited macam-macam lagi la..
sebenarnya,sedah lama aku memasang hajat untuk berkayak di TASIK VARSITI..

tapi ternyata,segala perancangan yang dicanang hanya tinggal hajat sahaja....

petang ini,aku akan berkayak untuk memenuhi jadual latihan SUKMUM KK9 bagi acara kayak..
ini adalah latihan sulung bagi pasukan kayak KK9...latihan sulung untuk berkayak didalam tasik..

kerana,sebelum ini,pasukan kami hanyalah membuat latihan bebanan serta stamina...

apapun,aku mendoakan yang terbaik buat semua pasukan kayak KK9..dari segi komitmen,memang kalian ditahap terbaik...

Wednesday, December 23, 2009

air mata FEStKUM 2009 part-1


sebelum acara PERASMIAN FEStKUM O9.
semasa sesi PRA-TONTON di KPS bersama TNC-HEPA

salam semua.
sudah lama aku tak mencoret tulisan di dinding ini..

tak tahu kenapa...
aku mengambil masa terlalu lama untuk menukil coretan mengenai FESTIVAL KEBUDAYAAN MAKUM 2009 (FEStKUM)...

perasaan sedikit kecewa,terkilan,marah,gembira semua nya ada didalam 1cawan...
semua nya gara-gara FEStKUM 09...Masuk tahun ni,dah 2kali aku mewakili UM dalam DIKIR BARAT MAKUM..ternyata aku masih lagi terkapai-kapai dalam seni dikir barat,kerana aku sendiri masih amatur dalam disiplin seni dikir barat ini..

mengulas mengenai pertandingan tersebut,pelbagai dugaan telah hadir sebelum kami BASA DIWANA bertolak ke UKM..masalah komunikasi antara mereka yang berhak bertanggungjawab terhadap persiapan kontigen menjadikan kami sebagai mangsanya..

pada pagi 9hb.12 kami diberitahu supaya berkumpul di KPS pada jam 8pagi.dengan bertungkus lumus,kami segerakan diri kesana seblum jam 8pagi..setibanya di KPS,UM hanya ahli BASA DIWANA saja yang menghadirkan diri..kami diberitahu oleh ketua kontigen UM bahawa pasukan boria um juga akan bergerak bersama kami..so,kena tunggu pasukan boria sehingga pukul 11pagi..

setiba kami di UKM,masalah kembali lagi..
pengurusan untuk penempatan penginapan di sana kelam kabut..kami terpaksa menunggu dalam 45minit untuk check-in bilik masing2...

kami diundi untuk menentang sahabat kami iaitu SUTRAPAWANA aka UIAM..pasukan kami yang pertama membuat persembahan untuk sesi malam..pelabagai perasaan bercampur baur.
takut,cuak,nalin,gugup semuanya ada dalam diri saya ketika itu..

saya serta ahli BASA DIWANA telah buat yang terbaik dan termampu untuk FEStKUM tersebut..sekarang,beserah kepada tuhan saja yang menentukan..

tapi ternyata,sangkaan kami meleset....

tunggu sambungan part-2..

Monday, December 7, 2009

persiapan DIKIR BARAT MAKUM mula panas..

hari ini,8hb...segala persipan telah diaturkan dengan sempurna.latihan malam tadi menggambarkan kesungguhan,keiklasan,semangat kami ahli kumpulan BASA DIWANA dalam mengharungi FESTIVAL MAKUM(FEStKUM 09)...

KUMPULAN BASA DIWANA UM telah diundi menentang kumpulan SUTRA PAWANA UIAM..

sekarang ini,berbagai spekulasi timbul mengenai pertarungan dua seteru ini.status SUTRA PAWANA yang berjaya meletakkan diri mereka sebagai semi finalis DIKIR BARAT KEBANGSAAN 2009 telah meresahkan kem UM..

namun,persaingan tetap diterus..pasukan BASA DIWANA yang berjuang pada esok hari 9hb ini adalah bekas naib juara DIKIR BARAT MAKUM 2007..maka,SUTRA PAWANA patut juga sedar akan potensi ini....

segalanya akan terjawab pada esok hari..

malam ini,8hb pada jam 8.30 malam.bertempat di AUDITORIUM KPS,akan berlansung 1sesi yang di panggil "preview"..

sesi ini akan di sertai oleh kesemua disiplin kesenian yang dipertandingkan bagi mewakili UM dalam FESTIVAL KESENIAN ini seperti boria,dikir barat,irama malaysia,pantun dan byk lagi..

disini,segala kecatatan,kemajuan akan diperbetul dan akan dikekalkan bagi mengharungi hari persaingan sebenar sebelum menjelang FEStKUM ini..

FEStKUM 09 akan bermula pada 9hb-12hb dimana UM serta UKM telah dipilih untuk menjadi venue pertaruhan...
UM akan menjadi tuan rumah bagi acara irama malaysia dan pantun manakala UKM tuan rumah bagi acara dikir barat dan boria...

pada malam 13hb pula,MALAM JUARA-JUARA akan diadakan di DEWAN TUAKU CANSELOR bagi meghimpun kesemua juara bagi setiap acara..

amatlah besar harapan agar pasukan BASA DIWANA meletakkan diri mereka sebagai pasukan dikir terbaik di kalangan IPTA seluruh negara.

kalau MALAYSIA macam ini...


apa pendapat kita bila macam ni suasana kita untuk balik kampung?


gambar ni dipetik daripada sebuah kawasan pedalaman di INDIA..

KBmall tidak RUNTUH....tapi....


orang ramai yang terkejut dengan kejadian tersebut..




kereta tesepit dicelah eskelator...plat BCL32**(bukan warga kelantan ke?)




dasyat sungguh kejadian ni...






polis menyiasat tempat kereta tersebut terhumban..






kelihatan dinding runtuh..macam mana kereta boleh memecah kan dinding konkrit tersebut?dengan hanya menolak saja?ntah la..aku pun tak tahu..nk geroh(mungkin)

salam...

rasanya,aku belum terlambat aku mengulas mengenai kejadian yang amat malang sekal

mengulas mengenai kejaidian tersebut,

pd jam 6ptg 6hb (ahad)..kawan aku memaklumkan aku melalui FACEBOOK bahawa BUMBUNG KBmall runtuh..pada aku,betul ke cerita ni?aku masih tertanya-tanya..menurut beliau,ada juga yang menjadi mangsa dalam insiden itu.meninggal dunia.

aku masih berkira-kira sama ada betul atau salah berita tu...kemudian,aku melihat kawan aku yang lain2 bertalu2 "post" melalui FACEBOOK mengenai peristiwa itu..


kemudian aku membuat carian kat GOOGLE.

ternyata,telahan kawanku tidak silap...memang BENAR...KBmall runtuh..

tapi,bukan runtuh sebab kelemahan strukturnya,tapi disebabkan oleh kecuaian manusia..


---------kronologi insiden malang itu--------

1~kejadian ini berpunca drpada seorang pemandu wanita 19tahun dimana kereta mempunyai masalah utk dihidupkan...

2~kemudian,dia meminta tolong seorang lelaki untuk menolak keretanya tersebut yg di parking di bumbung KBMALL tersebut..

3~ALLAH MAHA BESAR, kejadian diluar kawalan minda kita dimana kereta tersebut dengan tidak sengaja merempuh dinding bumbung tersebut dan terhumban ke "basement" 1st floor.kereta tersebut jatuh 1 persatu dari tingkat atas ke ground floor melalui celah2 eskelator..dasyat..sungguh..

4~al-fatihah..ini yang paling menyayat hati..ketika kereta tersebut jatuh,3 orang hamba ALLAH,sedang menaiki eskelator tersebut...dan kereta tersebut jatuh meghempat gadis yang tersebut...seorang mati di tempat kejadian,1orang lagi mati dalam perjalan ke hospital.....(kesemua mangsa adalah pelajar MASTRESKILL)

5~pemandu kereta(gadis 19tahun) TERSEBUT juga cedera parah..

al-fatihah untuk mangsa.tuhan lebih sayangkan arwah
ternyata kejadian ini menggemparkan seluruh rakyat KELANTAN....


dimana silap nya?

tapi,amat lah tidak wajar mencari serta membuat spekulasi siapa yang silap dalam kes ini..


biarlah pihak yang berkenaan siasat insiden ini..

secara peribadi..

jika aku turut menyaksikan kejadian tersebut,aku juga terasa amat takut dengan kejadia tersebut..

ternyata ajal tidak pernah dan tidak akan kita ketahui bila masa tersebut.

aku harap,keluarga mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya.
semoga roh arwah di tempat lan dikalangan orang yang terpilih.





Friday, December 4, 2009

debaran DIKIR BARAT MAKUM 9hb ni....


pasukan BASA DIWANA UM...

persembahan dikir barat sekitar KL.....time ni sempena persembahan semasa LAMAN BUDAYA di Dataran Merdeka..

masa terus berputar dengan lajunya..terus berdetik tanpa henti..

sedar tak sedar,festival MAKUM hanya tinggal beberapa hari lg..terasa amat pantas masa berlalu..hari ni dah 5hb..

masuk tahun ni,sudah kali kedua aku mewakili UM untuk dikir barat..tp segala persiapan sempurna dalam 60% lagi.. boria pun buat di UKM juga..so,2 acara la UKM akan anjurkan..

menyentuh soal persiapan,kebanyakan peserta kali ni adlah org2 baru..so harap mereka serta aku juga dapat buat yg terbaik...kejap lg ada lg latihan kat gazebo KPS pd pukul 4ptg..
maknanya suara aku akan hilang lagi la ni..adoi la..

pasukan dikir barat UM dikenali sbg BASA DIWANA...aku pun tak tau apa maksud DEWANA tu..hahaha..lucu kan..

Wednesday, December 2, 2009

sunyi sepi

salam....

hari ni,terasa amat sunyi sekali berada dikolej ku..
senyap.kelu.sunyi.



tiada lagi kedengaran suara,jeritan,ketawa dikolej ni..
kerana,semua org masih lg cuti sem...
aku je yg dtg awal.





ni semua gara-gara latihan dikir barat MAKUM la..
seminggu je mase latihan..mggu depan dh start MAKUM
tu dari 9hb-13hb....




nampak gayanya,tahun ni UKM telah menjadi tuan rumah utk FESTIVAL MAKUM DIKIR BARAT...sebelum ni,sudah 2tahun UMT telah menjadi tuan rumah.tahun ni,
dengan nafas baru,venue acara ni pun telah bertukar....harap2 team UM lakukan yg terbaek kali ni..



aku harap mase 1mggu ni sempat utk latihan pasukan UM bg mgambil balik mahkota johan yg terlepas ke tgn UKM pade 2007..UKM jd johan pada tahun tu..


keputusan DIKIR BARAT MAKUM(Majlis Kebudayaan Universiti Msia) 2007

johan-UKM
naib johan-UM
ketiga-UIAM




so,latihan pada ptg ni belum lagi menampak kan tanda2 mahu mula...(tp bgus jgk)..bleh aku merehatkan kepala ku yg kini masih lg pening2 lalat...perlukan rehat yg secukup nya...mungkin malam ni dah start latihan....

mata ku mula mengantuk...

assalamualaikum

akhirnya...

niat ku untuk mempunyai blog sendiri..



sebelum hanya lihat kawan2 ku "berblogger"..hahahah..

kali ni,turn aku pulak....



kepalaku masih pening2 akibat 'henjutan' kuat bas ketika aku dalam perjalanan pulang ke UM...
pagi tadi baru sampai..
sampai kat HENTIAN PUTRA dalam pukul 5.30 pagi..
fuh perjalanan yg amat jauh sekali...8jam..

sampai kat kolej,sunyi sepi..kerana kawan2 masih lagi dlm mood bercuti..
nasib baik ada abg faizol..dia pun turut terlibat dengan MAKUM...